.
Luqman
Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha
Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan memberikan lebih daripada 50 nasihat kepada anaknya. Di antaranya:
.
1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu
dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di
belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa
ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala
kejahatan dan kekejian.”
2. “Wahai anakku! Selalulah
berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak
menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar
takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”